Image

SSPN · SIMPANAN· JAMINAN MASA DEPAN

PAKEJ SIMPANAN

Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengedali Takaful bagi produk ini.

Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.

KEMPEN CABUTAN WOW! 25 TAHUN PTPTN
Adakah anda pemenang yang kami cari, Jangan lepaskan peluang  keemasan ini.
Image
Cabutan Wow SSPN PLUS 2022

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN bertempat di Menara PTPTN yang juga disiarkan secara langsung di Facebook PTPTNOfficial dan Youtube PTPTN TV. Turut hadir Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Encik Mohd Jafni Abdul Jalil, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersial Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) dan Puan Norazlin Mohd Dahari, Ketua Jabatan Korporat Takaful, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) serta Pengurusan PTPTN. Pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 dan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021.

PTPTN sentiasa memberi fokus utama dalam membudayakan amalan penabungan untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Tindakan ini selari dengan Teras Pertama Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia. Misi utama galakan penabungan ini adalah untuk memastikan anakanak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian sekali gus mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Untuk itu, pelbagai kempen dan promosi terus dipergiatkan bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan termasuklah mengadakan Kempen Cabutan WOW! yang merupakan program signature tahunan PTPTN. Dengan tawaran hadiah yang lumayan setiap tahun, cabutan hadiah ini sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh para pendeposit Simpan SSPN.

Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.

Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang. Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line. Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000. Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang.

Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan serta 1 April hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Siri. Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan. Lagi banyak menyimpan, lagi banyak peluang untuk menang.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata “Usaha murni PTPTN dalam memupuk budaya penabungan di negara ini telah bermula pada tahun 2004 dengan pelancaran produk simpanan Simpan SSPN. Kini, menginjak hampir dua (2) dekad di pasaran, produk ini terus berada di landasan kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran.”

Terdapat dua (2) produk Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Antara manfaat dan keistimewaan yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN adalah memperoleh pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang sangat kompetitif dan patuh syariah. Lebih menarik, Simpan SSPN Plus turut menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta dan khairat kematian bagi pendeposit, pasangan dan lima (5) orang anak. Manakala Simpan SSPN Prime pula menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan anak yang diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk terma & syarat, KLIK DI SINI.

Pengenalan SSPN-i Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

PENDAFTARAN AKAUN SSPN PLUS ONLINE

KEISTIMEWAAN SSPN PLUS

Image
Image

PILIHAN TAKAFUL SSPN PLUS

Image
Image
Image

Pakej Intan

RM30 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM20
  • Sumbangan Takaful RM10
  • Unjuran Simpanan RM7500
  • Manfaat Takaful RM40000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • Bulanan Serendah RM 30 Sahaja

Pakej Delima

RM50 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM40
  • Sumbangan Takaful RM10
  • Unjuran Simpanan RM15000
  • Manfaat Takaful RM40000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • 1 x Cabutan WOW!

Pakej Topas

RM100 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM90
  • Sumbangan Takaful RM10
  • Unjuran Simpanan RM34000
  • Manfaat Takaful RM40000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • 2 x Cabutan WOW!

Pakej Zamrud

RM200 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM180
  • Sumbangan Takaful RM20
  • Unjuran Simpanan RM68000
  • Manfaat Takaful RM80000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • 4 x Cabutan WOW!

Pakej Nilam

RM300 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM270
  • Sumbangan Takaful RM30
  • Unjuran Simpanan RM103000
  • Manfaat Takaful RM120000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • 6 x Cabutan WOW!

Pakej Berlian

RM500 / Bulan
  • Simpanan SSPN RM200
  • Sumbangan Takaful RM300
  • Unjuran Simpanan RM76000
  • Manfaat Takaful RM1,000,000
  • Pelepasan Cukai RM11000
  • 10 x Cabutan WOW!
Image

TAKAFUL· SERENDAH· RM 10 SEBULAN

MANFAAT TAKAFUL

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
Image
Manfaat Takaful SSPN-i Plus
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Takaful Serendah RM 10 Sebulan.
  • Elaun Kemasukan Hospital.
  • Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.

Kaedah Tuntutan Manfaat Perlindungan Takaful:

  1. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful.

    1. Di dalam borang tersebut pilih jenis permohonan yang ingin dituntut

    2. Pastikan semua dokumen sokongan disediakan.

  2. Hantar Borang Permohonan Tuntutan Takaful beserta semua dokumen yang berkaitan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.

Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan..