
PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i
KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000005419
Sila catatkan KOD EKSEKUTIF PTPTN – Perlu dimasukkan semasa pembukaan akaun secara online.
KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000005419
- Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
- Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
- Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
- Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
- Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Deposit pembukaan minima RM 20.
- Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN :000005419


Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
-
Layak memohon pinjaman pendidikan;
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
-
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
-
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
-
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
-
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
-
Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.
Nota:
* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:
-
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
-
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
Syarat-syarat:
-
Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia;
-
Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;
-
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;
-
Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;
-
Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
-
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Anggaran Simpanan Selama 17 Tahun Berdasarkan Deposit Bulanan
TAHUN | DEPOSIT BULANAN | ||||
---|---|---|---|---|---|
RM20.00 | RM30.00 | RM40.00 | RM50.00 | RM100.00 | |
1. |
245.20 |
367.80 |
490.40 |
613.00 |
1,226.00 |
2. |
500.21 |
750.31 |
1,000.42 |
1,250.52 |
2,501.04 |
3. |
765.42 |
1,148.12 |
1,530.83 |
1,913.54 |
3,827.08 |
4. |
1,041.23 |
1,561.85 |
2,082.47 |
2,603.08 |
5,206.16 |
5. |
1,328.08 |
1,992.12 |
2,656.16 |
3,320.21 |
6,640.41 |
6. |
1,626.41 |
2,439.61 |
3,252.81 |
4,066.01 |
8,132.03 |
7. |
1,936.66 |
2,904.99 |
3,873.32 |
4,841.65 |
9,683.31 |
8. |
2,259.33 |
3,388.99 |
4,518.66 |
5,648.32 |
11,296.64 |
9. |
2,594.90 |
3,892.35 |
5,189.80 |
6,487.25 |
12,974.51 |
10. |
2,943.90 |
4,415.85 |
5,887.79 |
7,359.74 |
14,719.49 |
11. |
3,306.85 |
4,960.28 |
6,613.71 |
8,267.13 |
16,534.27 |
12. |
3,684.33 |
5,526.49 |
7,368.65 |
9,210.82 |
18,421.64 |
13. |
4,076.90 |
6,115.35 |
8,153.80 |
10,192.25 |
20,384.50 |
14. |
4,485.18 |
6,727.76 |
8,970.35 |
11,212.94 |
22,425.88 |
15. |
4,909.78 |
7,364.68 |
9,819.57 |
12,274.46 |
24,548.92 |
16. |
5,175.76 |
8,027.06 |
10,702.75 |
13,378.44 |
26,756.88 |
17. |
5,627.99 |
8,715.95 |
11,621.26 |
14,526.58 |
29,053.15 |
Dividen
Pelepasan Cukai
